Perodua Alza Club Shah Alam (ACSA)
Please register to join Alza Club Shah Alam !
1. username
2. email address
3. password...DONE!

Please check incoming GATHERING at Tasik Shah Alam

Management
Alza Club Shah Alam



Perodua Alza Club Shah Alam (ACSA)

Perodua Alza Club Shah Alam (ACSA)
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 JEMPUTAN : PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
tanjung
Pemandu Pakar
Pemandu Pakar


Posts : 235
Join date : 2010-06-25
Location : atas jalan

PostSubject: JEMPUTAN : PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011..   Thu Jan 06, 2011 4:38 pm

JEMPUTAN

PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011 (PTH2011) adalah gabungan di antara “Amazing Race” dan “Treasure Hunt”. Para peserta akan mengharungi beberapa jenis cabaran di samping menyelesaikan soalan-soalan treasure hunt yang berbentuk teka-teki berdasarkan kepada panduan-panduan yang akan diberikan.

Tarikh : Sabtu, 15 Januari 2011
Lokasi : Putrajaya
Sesi Taklimat : Khamis, 13 Januari 2011
Masa & Tempat : 6.00 pm – Perbadanan Putrajaya
: Seorang peserta dari setiap pasukan wajib menghadiri sesi taklimat ini
Lain-lain : Lain-lain maklumat berkenaan acara ini akan diberitahu semasa sesi taklimat

SYARAT PENYERTAAN

Jumlah peserta untuk setiap pasukan mestilah tidak kurang dari tiga (3) dan tidak melebihi empat (4) orang. Pemandu setiap pasukan mestilah mempunyai Lesen memandu yang sah dan masih belum tamat tempoh.

YURAN PENYERTAAN & KAEDAH BAYARAN

Yuran penyertaan sebanyak RM300.00 satu pasukan boleh dijelaskan melalui kaedah berikut :
i) INTERNET BANKING – BILL PAYMENT
Maybank - Maybank2u, Cimb - CimbClicks, Bank Islam - Bank Islam Online, Ambank - AmOnline
** isikan bahagian BILL ACC NO/ ACC. NO dengan “TREASURE”
** cetak resit daripada website bank berkenaan dan fakskan bersama borang penyertaan

ii) DEPOSIT KE AKAUN BANK PPj ATAS NAMA PERBADANAN PUTRAJAYA
Bank : Maybank (Cawangan Putrajaya)
No Akaun : 566 010 601 600
Sila isikan Butiran Bayaran/ Reference dengan: PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011
** sila depositkan bayaran di kaunter juruwang kerana Butiran Bayaran/ Reference tidak terdapat di Mesin Deposit Tunai
** fakskan slip bayaran bersama borang penyertaan

iii) PEMBAYARAN DI KAUNTER BAYARAN, PUSAT KHIDMAT PELANGGAN PPj
Tunai / Cek/ Draf Bank/ Wang Pos/ Kad Kredit dengan membawa bersama borang penyertaan.

Sila faks borang penyertaan bersama bukti/ slip bayaran ke nombor: 603-88875013. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kheirul Nazib Mahmud di nombor 014-7184908 atau email ke krollnazib@gmail.com.

Setiap peserta akan mendapat sehelai round neck T-shirt rasmi pertandingan, goodies bag dan jamuan ringan semasa acara pembentangan jawapan dan penyampaian hadiah.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10hb Januari 2011. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang dihantar lewat.

HAK PENGANJURAN

Pihak penganjur berhak untuk meminda tarikh atau membatalkan penganjuran acara di atas sebab-sebab yang dirasakan perlu. Dalam situasi tersebut, semua yuran penyertaan akan dikembalikan secara penuh.

HADIAH PERTANDINGAN

Hadiah wang tunai lebih dari RM20,000.00 menanti para pemenang disamping hadiah-hadiah sampingan dan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah istimewa untuk pasukan Novice terbaik juga akan disediakan. Hadiah utama pertandingan adalah seperti di bawah;

Kedudukan Hadiah Kedudukan Hadiah
Juara RM5,000.00 Ke-Empat RM2,000.00
Naib Juara RM4,000.00 Ke-Lima RM1,000.00
Ke-Tiga RM3,000.00 Ke-Enam hingga ke-Sepuluh RM500.00

PERINGATAN

Setiap peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan dan undang-undang jalan raya disepanjang tempoh acara berlangsung. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang jalanraya.

TREASURE HUNT BUKANLAH SATU PERLUMBAAN

* Ada member ACSA nk join ke?
Back to top Go down
suri7982
Pemandu Pakar
Pemandu Pakar


Posts : 235
Join date : 2010-05-31

PostSubject: Re: JEMPUTAN : PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011..   Thu Jan 06, 2011 4:43 pm

aikkkkkssss

dlm www.myalza.com ada sorang bernama thealza yg up topik ni

adakah abam tanjung dan thealza itu org yg sama?

wakakaka
Back to top Go down
hacked9w2ams
Pemandu Baru
Pemandu Baru


Posts : 105
Join date : 2010-12-27
Location : key ell

PostSubject: Re: JEMPUTAN : PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011..   Tue Jan 11, 2011 3:42 am

opsssss

wahhhh u really very proo...
can check how from other forum Razz
Back to top Go down
isikulit
Lesen L
Lesen L


Posts : 23
Join date : 2010-12-24

PostSubject: Re: JEMPUTAN : PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011..   Fri Jan 14, 2011 10:32 am

wow kantoi study
Back to top Go down
myz
Lesen L
Lesen L


Posts : 30
Join date : 2011-01-11
Location : kampung ulu

PostSubject: Re: JEMPUTAN : PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011..   Fri Jan 14, 2011 6:15 pm

Cool Arrow afro
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: JEMPUTAN : PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011..   Today at 8:30 pm

Back to top Go down
 
JEMPUTAN : PUTRAJAYA TREASURE HUNT 2011..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» [A] Stormwind Treasure Hunt
» Nevertales 2: Shattered Image
» Hunt/Heal a slayer nest general!
» Junior Boys Tournament - Feb 4 and 5, 2011 - Kemptville
» WRC 2011

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Perodua Alza Club Shah Alam (ACSA) :: Member's Corner :: Member's Corner-
Jump to: